Tuesday, February 08, 2005
Menjejaki JUTAWAN SENYAP

Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan sering tidak diberi perhatian malah dicemuh kerana keadaan tempat berniaga yang kurang selesa dan tidak menjaga kesihatan dan sebagainya. Mereka dianggap 'kelas bawah' -- tidak ada pejabat dan tak perlu 'business card'.

Cara mereka berusaha macam penyu -- lepas ke lautan luas untuk bertarung nasib. Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke daratan dan barulah diintai orang. Bertelur ratusan biji tetapi mereka tetap senyap tanpa suara... apa yang keluar hanyalah air mata!

Dalam kesenyapan inilah lahirnya beberapa peniaga @ usahawan yang mengusahakan perniagaan secara tekun dan tabah menghadapi badai dan onak duri dan akhirnya tanpa sedar harta mereka mencecah jutaan ringgit. Mereka masih tetap senyap persis penyu!.

Inilah yang ingin ditonjolkan oleh Dr. Rusly Abdullah, pengasas Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara melalui bukunya Menjejaki Jutawan Senyap (2004). Jutawan yang tidak terpandang dan tidak terbilang. Tiada glamour, tiada kuasa dan tiada nama. Namun mereka hebat... Mungkinkah jiran dan sahabat anda Jutawan Senyap?

Mungkin kenyataan Dr. Rusly ini dapat memberikankan kita renungan dan kesedaran untuk melihat jauh ke dalam diri..."Anda Patut Menjadi Kaya. Anda Tidak Berhak Menjadi Miskin. Hidup di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Adalah Malang." Masih ramai lagikah yang bernasib malang di negara ini? Untuk mencari jawapan silalah dapatkan buku ini dari kedai-kedai buku terdekat atau ke perpustakaan.

Kata-kata berikut juga mungkin baik untuk dijadikan renungan dan panduan: "Mereka Tidak Terbilang, Mereka Tidak Terpandang Tetapi Mereka Jutawan. Siapakah Mereka?... Anda Tidak Akan Tahu Sehinggalah Anda Menjadi Salah Seorang Daripada Mereka!" Selamat Membaca.

- Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. - Halaman: 222 - Harga: RM29.00



Posted at 02:30 pm by alidina

north face pas cher
December 1, 2012   05:27 PM PST
 
Hey ! am I glad to vist your blog ! from this I can get some information and facts that I didn’t know prior to. You made my day. Thank you rather much!,904853,http://kakibuku.blogdrive.com/archive/28.html
north face pas cher
December 1, 2012   09:06 AM PST
 
Good stuff as per usual, thanks. I do hope this kind of thing gets more exposure.,744787,http://kakibuku.blogdrive.com/archive/28.html
cheap north face on sale
October 29, 2012   06:34 AM PDT
 
it is particularly those amateur attempts of recovering information that end up being your data’s worst enemy. ,435801,http://kakibuku.blogdrive.com/archive/28.html
karen millen uk store
October 28, 2012   02:15 AM PDT
 
Hey ! am I glad to vist your blog ! from this I can get some information and facts that I didn’t know prior to. You made my day. Thank you rather much!,183741,http://kakibuku.blogdrive.com/archive/28.html
discount mulberry bags replica
September 7, 2012   04:37 AM PDT
 
He is a good friend that speaks well of us behind our backs.,675515,http://kakibuku.blogdrive.com/archive/28.html
Belstaff Jacket Sale UK
July 10, 2012   05:25 PM PDT
 
Blossom, actually should nothing to do with the season. A lot of time in his life is confused, find a better reason to let himself not to want to some other people think unimportant matters.
We all like a clown, in our lifetime playing five balls, the five balls is work, health, family, friends, and spirit. Five balls with only one is rubber, fall can play up and that is work. The other four balls are use made of glass, the off, broken...,179759,http://kakibuku.blogdrive.com/archive/28.html
Louis Vuitton Online
April 25, 2012   07:22 PM PDT
 
I want all the stuff about Season 3 and I want no more loan comments! Now-se!,805217,http://kakibuku.blogdrive.com/archive/28.html
komander
February 23, 2012   02:36 PM PST
 
jomm bisness sendiri...
yo
May 3, 2011   07:47 PM PDT
 
buku Cheff Li Memang terbaik,,,,,,Saya dengan isteri Dah mula berniaga,,,,,,,hasilnya al-hamdullilah,,,,,,Isteri pun dah benti keje..........Bagi tumpuan pada niaga,,,,,,Terima Kasih Chef Li,,,kerana buka minda kami
yo
May 3, 2011   07:46 PM PDT
 
buku Cheff Li Memang terbaik,,,,,,Saya dengan isteri Dah mula berniaga,,,,,,,hasilnya al-hamdullilah,,,,,,Isteri pun dah benti keje..........Bagi tumpuan pada niaga,,,,,,Terima Kasih Chef Li,,,kerana buka minda kami
jutawan baru
April 14, 2011   12:34 PM PDT
 
KEPADA YANG BERMINAT MENGIKUTI KURSUS MASAKAN BERSAMA CHEFLI, BOLEHLAH MELAYARI:- www.itkau.edu.my/kursus-masak/

CHEFLI JUGA SEKARANG DI FACEBOOK:-
Dato' Rusly Abdullah
page:- Minda Jutawan Senyap
jutawan baru
April 14, 2011   12:28 PM PDT
 
kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus masakan bersama chefli boleh melayari laman web: www.itkau.edu.my/kursus-masak/

Chefli sekarang berada di facebook:- Dato' Rusly Abdullah
page:-minda jutawan senyap. (segala kursus2 @ seminar akan di maklumkan di fb/page chefli.
sekian terima kasih.

TERUSKAN MENYOKONG BISNES ANAK BANGSA!
oja
July 19, 2010   04:16 PM PDT
 
sya berminat untuk berniaga..tp mcm ne nk mula..nk niaga apa??memandangkan umur sya msih muda..bru 19 thun...sya tidak minat untuk truskan bidang akademik..sebaliknya kemahiran...bleh bantu saya??
zahidah
May 8, 2010   11:41 PM PDT
 
salam......buku "Menjejaki Jutawan Senyap" byk mmberi ilham n smber kkuatan dlam diri sya....brkobar2 smngat sya tuk blajar n mulakn bznes sndri.....cma sya msih buntu...
Muhammad Azlan B.Mohd Yaakop
December 25, 2009   10:23 AM PST
 
Ayuh bangun bangsa ku jadi lah Bangsa Melayu yang bersatu bantulah dengan jujur umat islam & bangsa melayu untuk berjihat(berniaga) sejarah tidak pernah berbohong.Sudahkah terlepas fardu kifayah kita sebagai org islam sesama orang islam. Bernaigalah secara jujur & berzakat lah
Corowongkito
October 24, 2009   11:15 PM PDT
 
sebelum ini saya memang banyak kutuk Dato' Rusly. saya pernah hantar SMS mengatakan yang saya tak percaya dia dapat Dato'. tapi bila saya dapat peluang berkunjung ke ITKAU dan ternampak gambar dia terima pingat dari DYMM Sultan Pahang saya rasa malu, menyesal dan bersalah. maaflah Dato' sayalah salah seorang ahli rombongan Yayasan Usahawan J... itu hari. saya sangat kagum pada keperibadian Dato'
sharil shis
July 1, 2009   02:11 AM PDT
 
tahniah atas kejayaan yang d kecapi..atas tunjuk ajar cef li saya dpt buka perniagaan sendiri.gawat cmna pun makan pasti mau.yang penting tunjuk ajar tok guru
mohdrasid7007
May 13, 2009   04:53 PM PDT
 
buku ni mmg bagus klau lepas baca praktikkan.. bukan diam membisu jer.. harap maklum...
Mak Su (MS)
April 8, 2009   09:39 AM PDT
 
a'kum, MS tabik spring pd anak2 mlayu yg tlh sedar ttg paras eknomi kite yg jauh ktiggalan dr bgsa lain d bumi M'sia. T/k pd Dato'Rusly yg tlh mngejutkan kite dr mimpi. Kpd Fay yg mngaku dia "org mlayu" tuu..biarkanlah dia trus tdur. smoga dia trus lena n x jaga2 lagii...i'allah amin...
masz
April 7, 2009   11:23 AM PDT
 
sya minat bdg nie...
tp cmne nak dftr erk??
xpenah nmpk pon buku chef li.....
leah
November 4, 2008   03:57 PM PST
 
sy nak web terkini chef li...kelayakan akedemik ape yg perlu ade utk msk krss ni...
shahrul
October 13, 2008   02:22 PM PDT
 
ada sessiapa yang dah pergi kursus buat sos tahu bakar ? kita tukar resepi nak aku dah pergi modul yang ada sos tahu bakar tapi masa tu resepi sos tahu bakar belum ddimasukkan lagi. rasa rugi nak ambik kursus tu baliksbb hanya nak tahu buat tahu bakar. akuingat nak pergi kursus buat kebab.. lak sapa nak tukar resepi sos tahu bakar dengan kebab contact aku. marilah tukar2 resepi.. shahrul 019 621 5527. ok berniaga untuk semua hidup usahawan melayu
shahrul
October 13, 2008   02:22 PM PDT
 
ada sessiapa yang dah pergi kursus buat sos tahu bakar ? kita tukar resepi nak aku dah pergi modul yang ada sos tahu bakar tapi masa tu resepi sos tahu bakar belum ddimasukkan lagi. rasa rugi nak ambik kursus tu baliksbb hanya nak tahu buat tahu bakar. akuingat nak pergi kursus buat kebab.. lak sapa nak tukar resepi sos tahu bakar dengan kebab contact aku. marilah tukar2 resepi.. shahrul 019 621 5527. ok berniaga untuk semua hidup usahawan melayu
seamdiego
September 7, 2008   04:32 AM PDT
 
bagus buku chef li ni. menyuntik semangat jihad dalm jiwa orang melayu. bukan melalui senjata tapi perniagaan kecil-kecilan dan 'senyap-senyap' tapi berhasil. ala-ala gerila gitu. anyway aku pun dah baca buku-buku chef li tu, memang bagus dan sesuai untuk orang melayu sekarang.
Melayu Layu Malang
August 5, 2008   06:48 PM PDT
 
Melayu Lembik Malas
Miskin Lalu Menipu
Menipu Lalu Mencurik (deposit downline)

Melayu Lemah Minda

MLM stylo ajo lobih
HARAM TAU X HARAMMMMJADDAH!!!!

X CAYE TANYE PAKAR KEW.ISLAM UST. ZAHARUDIN
www.zaharuddin.net

MLM agenda freemason yahudi zionis nak lingkupkan muslim dr bdaya bisnes bersyarikat sdiri.
Menjaja klu berilmu dpt bkembang tau x?!! Klu join mlm haram dh jd jutawang pun tetiba sykt buang korang ha tlingkupla ko dh xde pape aset lagi. Duit ade pn xreti mniage cume tau tolong olang cali olang jee.. membebelll mulut manes je tau..
Melayu Lebai Malang!!!
Aku pnjaja dah kayeraye laaa tp snyp je bkn mcm korang baru msk dah pkai tie blazer stylo mylo eksyen knon bduit nk pikat prospek tp POKET KOSONG TOLOOOO. TAU X TOLO?? YILLLEK...?

Romosa
June 10, 2008   12:16 PM PDT
 
Konsep perniagaan yang diperkenalkan oleh Chef Li memang bagus. Ianya bermula dari peringkat bawah. Modalnya juga minima. Tak perlu berhutang untuk modal pusingan. Kalau lingkup pun tak lah rugi banyak dan boleh bangkit semula.

Berniaga dengan bermula dari bawah memudahkan seseorang mempelajari selok belok perniagaan dengan berkesan. Jika berjaya, perniagaan akan dikembangkan secara alamiah dengan menggunakan sumber dalaman tanpa perlu berhutang untuk meningkatkan modal pusingan. Konsep perniagaan seperti ini biasa dijalankan oleh orang Cina.

Konsep ini amat sesuai untuk orang Melayu yang tiada pengalaman berniaga tetapi berhasrat hendak mempelajari bidang perniagaan. Cuma konsep ini mungkin tak sesuai untuk orang Melayu yang ingin cepat kaya atau hendak kaya melalui jalan pintas.
bajet
April 16, 2008   05:42 PM PDT
 
Salam,

Sekalung tahniah untuk Dato Rusly kerana berjaya menanam minat dan budaya niaga dikalangan anak bangsa yang telah jauh ketinggalan dalam hampir semua aspek kehidupan,walaupun mempunyai taraf warganegara tapi hampir2 tidak punya apa2 yang boleh dibanggakan dinegara sendiri.

mat
February 25, 2008   01:09 PM PST
 
www.darultijary.com.my
laman web terbaru chefli
anuar stud itkau
November 18, 2007   01:26 AM PST
 
chef li, bagaimana saya nk menjana rm 200 satu hari. saya penjaja jagung haram,(tak ada lesen)...sekarang dah dapat rm 100 untung sehari,target saya 2 thn lagi rm 15ribu sebulan.'ada x cara utk majukan saya'.sekarang baru 2 bln saya test. turan kan ilmu nk kayakan ummah islam.(anuar mansor "jan 2007")
imkembara
October 10, 2007   03:16 PM PDT
 
Good Job Chef Li....
Amira Najwa
September 29, 2007   10:50 AM PDT
 
Buku menjejaki jutawan senyap sangat unik kerana ada kartun yang cantik. Saya dapat tahu ada satu blog seorang pelukis kartun dalam buku menjejaki jutawan senyap. Betul ke ini pelukisnya?Saya ingin ucap tahniah padanya.
www.jonos.blogspot.com
Amira Najwa
September 29, 2007   10:50 AM PDT
 
Buku menjejaki jutawan senyap sangat unik kerana ada kartun yang cantik. Saya dapat tahu ada satu blog seorang pelukis kartun dalam buku menjejaki jutawan senyap. Betul ke ini pelukisnya?Saya ingin ucap tahniah padanya.
www.jonos.blogspot.com
suzz
May 23, 2007   07:45 PM PDT
 
Aku dah 4 tahun buat business construction, tapi tak naik-naik, hutang juga yang semakin berkembang....insyaAllah lepas ni dengan hasil karyawan Chef Li & kursus sekali bersamanya....aku nak cuba berniaga makanan tak kira dengan skala macam mana pun....Chef Li dan saudara saudari yang sehaluan...doakan kejayaan ku Ok...
Azie82
April 21, 2007   11:07 AM PDT
 
Saya baru berenti keje..lecehla jadi kuli org cina nie..cadang'y nak at bisnes kecil2 kat umah dulu..nak gi amik kursus kat itkau la..hope dapat byk ilmu kat sana..:)
imran
January 13, 2007   12:01 PM PST
 
buku yang hebat!
promosiiii
December 21, 2006   07:56 PM PST
 
PROMOSI!!!! dapatkan buku ke-4 chefli OKB! orang kaya bertaqwa. sila dapatkan di toko buku berdekatan. jika beli terus dengan chefli ( semasa kursus) anda akan mendapat dengan bayaran RM 25
Pak Rashid
December 5, 2006   05:03 PM PST
 

Amat jelas isi kandungan buku Menjejaki Jutawan Senyap.Contoh2 yg diberikan rata2 dari golongan masyarakat bawahan yg sudah pasti jelas mesej yg disampaikan. Ayuh ! bangkit semua kita mertabatkan Melayu dlm ekonomi di bumi Melayu ini.
ajutiger
November 21, 2006   11:15 AM PST
 
saya fikir kursus2 yg di tawarkan mahal, berbaloi kah? seminar jutawan senyap pun mahal hampir RM 200, untuk beberapa jam sahaja. adakah sewa dewan @ tempat yg mahal. MINTA PENDAPAT mereka yang pernah kursus, berbaloikah yuran yang di kenakan dengan pengisian kursus
Shah
September 7, 2006   01:40 AM PDT
 
Saya dah baca 3 buah Buku Chef Li. Sekarang ni semangat berkobar-kobar kerana dah ada hala tuju. Bosan dengan makan gaji dah. Bila agaknya nak adakan kursus Jutawan Senyap di Perak ?
awi
May 30, 2006   05:13 PM PDT
 
assalamualaikum...semua
walaupun saya x pernah baca buku hasil chef li. tapi saya yakin dia meberikan daya usaha dan semangat bagi mereka yg mula nak berniaga.biarpun xder modal tapi semangat tue perlu ader untuk mengubah cara hidup.dan biar saya tegaskan disini saya bersependapat ngan roxana dan saya sukakan dia..cehh wah
azie
May 19, 2006   09:48 PM PDT
 
Erm..saya berminat nak bniaga..semangt tgh bkobar2 nie..nak partnership ngan member bukak bisnes..tpi,start dgn meniaga pasar mlm la dlu,,so,sesapa yg baik hati nak bg advice sile2 la email sya ek..mana tau leh kongsi pengalamn n jadik kwn..:)..
jagat
May 9, 2006   12:36 PM PDT
 
aku dah baca ketiga-tiga buku chef li.cukup utk mmbukak minda aku dkala aku sedang tercarik-carik sesuatu utk diperjuangkan..aku pernah jadik kuli(visual artist) kerja dgn mat salih..kerja 24jam tu biasa,tak off day tu biasa,habis semua masa aku dia ambik..tau tak ape aku dpt..warning letter..!!setelah aku tak dpt siapkan kerja-kerja yg blambak-lambak..bengang nak mamposs..atas dasar maruah ,aku bernti keje(cabut je)..beli lori kecik(tu pun bapak mertua aku tlg)aku pasti akan mmpuyai bisnes sendiri..tq chef li lu excellent..
Wandah Karipap
May 2, 2006   06:16 PM PDT
 
Selepas saya membaca buku ini, alhamdulillah saya dapat meneruskan hidup dengan menjual karipap selepas diberhentikan kerja kerana syarikat muflis. Sambutan amat menggalakkan. Bayangkan tak sampai sejam saya boleh menghabiskan jualan karipap yang untung bersihnya dalam RM 60. Cuba2lah anda membayangkannya.. InsyaAllah suatu hari nanti saya akan membuka kilang penghujung tahun ini.
KHAMSIAH BT.YACOB
April 22, 2006   01:28 AM PDT
 
Saya bsyukur kerana dpt baca buku Chef Li (3 jenis).Penuh dgn pengajaran dan satu petunjuk utk bakal usahawan tak kira apa bangsa.T/k Chef.Tangisan dan ketawa mengiringi bacaan saya utk 3 jenis buku krgan Chef Li .Siapa belum baca,tolong baca,mudah-an dpt bantu ekonomi bila diusaha seperti yg disarankan. Faham betul-betul. ANAK MELANAU/SARAWAK.
som
April 18, 2006   03:05 PM PDT
 
takda comen...yg penting. Chef Li banyak membuka minda seseorang yg tengah buntu nak cari bisnes apa?. Ramai yg da tertipu dgn mcm2 bisnes....tapi yg penting tanam dlm minta bahawasanya tidak ada jalan mudah dlm dunia ni untuk mencari $...dan segalanya kena guna tulang 4 kerat selagi hayat dikandung badan.
chelan
April 10, 2006   02:07 PM PDT
 
buku yg ditulis oleh Chef Li mmg bagus. Saya dah baca kedua2nya. Petunjuk jalan kekayaan dan menjejak jutawan senyap. Bahasa mudah difahami dan pendek kata baguslah...Alhamduliilah dapat ide banyak dan sedang berusaha melakukan sesuatu. Terima kasih Chef Li
Lamka
April 7, 2006   11:12 PM PDT
 
melayu yang jadi air basuh kaki cina ialah melayu yang mengusahakan MLM. Nak tau kenapa?? Ha..sebab melayu yang join perniagaan MLM hanyalah tukang jual produk, tukang ke hulu ke hilir jaja produk cina. padahal dah mengaku senyap2 dlm diri jadi kuli cina,tapi mahu megah2 juga sebab tak dapat jadi jutawan lagi berbanding orang yang hanya berniaga tepi jalan..(malu la tu sebenarnya). saya hanya berumur 26 tahun tapi sudah mampu pakai Merc CLK sebuah, belikan bapak saya Kia Carnival, buat rumah banglo kat Rawang atas tanah sendiri. sedangkan saya hanya jual 10 jenis air di pasar2 malam. Alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah s.w.t. Tak payah kerja bawah orang cina pun...!!
ketenangan
March 16, 2006   01:47 PM PST
 
saya pelajar lepasan spm.
buku tulisan chef li memang menarik..bagi insan yang dpt menghayatinya.
saya juga berminat utk berbisnes kecil2an. bisnes yang pasti berhasil, dan kalau kena cara mungkin satu hari nanti jadi tauke! dpd bisnes yang gah, risiko besar, pulangan belum pasti!!
kepada mereka yang mengutuk usaha murni chef li, apakah sumbangan anda selama ini untuk memartabatkan bangsa sendiri (i mean malay)???
tepuk dada tanya diri..sedarlah sikit!!
mungkin chef li hanya nak kongsi rahsia kejayaannya..berdasarkan pengalaman masa lampau.
chef li hanya nak buka persepsi org melayu ttg perniagaan, selebihnya terserah pada individu tersebut mengikut kreativitinya dan inovatifnya.-pandangan penulis, yang fakir.
bos pening2
February 16, 2006   05:01 PM PST
 
Aku kesian betul MELAYU MLM..taksub sgt ngan MLM dia tu!! Entah MLM mane entah dah masuk dlm badan dia tu.. Paling kesian tu MLM yg dia masuk tu MLM sykt org cina pulak!! tak perasan yg dia tu melayu... bertambah tragis dia dah kena tipu ngan org cina...hee..hee!! dia tak nampak lagi tu... Mcm la kat malaysia ni takde sykt MLM melayu je.. Ko sendiri boleh nampakkan..berape kerat org melayu dah jd jutawan kat MLM??? emh?? and dah berape ratus ribu dah org melayu join MLM tp tak jd jutawan...maybe diorg antara downline ko agak nyer!! Paling aku sedih...bile MLM cina kaut untung BERBILLION-BILLION tp org melayu MLM yg dikatakn jutawan tu..cuma dpt income tak sampai pn RM 500ribu setahun..padahal sale dia bernilai JUTA-JUTA... bayangkan berape byk sykt MLM cina tu dpt.. Aku tak salah korang nak masuk MLM cina tp pikir la sendiri kite kena tipu.. Bagi cina org melayu senang nak tipu..ko tgk sendiri la 95% pemilik saham sykt MLM cina, semua org cina..selebihnya org melayu @ india. Tp tgk la hampir 90% yg join MLM org melayu..umpama kite kuli dia la n tlg jualkan produk diorg.. Lagi 1 penipuan MLM cina dia akan lantik Pengerusi @ pemegang saham dr kalangan org melayu..tujuan diorg nak tarik org melayu join MLM dia la.. So korang nampak??? Melayu MLM nampak??? tu aku dedahkan sikit..belum aku dedahkan produk yg tak hala @ pemalsuan sijil halall!! jgn kite berterusan kena tipu..
bos pening2
February 16, 2006   04:31 PM PST
 
Bile aku baca komen diorg yang entah ape2 entah! Rasanya diorg tu mcm kepala otak diorg tak buka luas2...Tak guna kite nak matikan pandangan org lain & penulis dengan pikiran yg negatif. Bagi aku buku chef li antara yg terbaik kat malaysia ni.. Rasanya org yg kutuk2 tu tak pernah bisnes agaknye n tak tau pahit jerihnya bisnes. Sama ada bisnes konvensional ke..bisnes kat pasar malam ker..MLM ke.. bisnes dlm internet ker!! semua tu bisnes gak kan..??? Yang penting kite tergolong dalam generasi yang memulakan langkah bisnes sbg kerjaya. Kite semua perlu tau.... Kite perlu sahut cabaran islam..!! 9 persepuluh rezeki adalah dlm bisnes!!
Radin
January 20, 2006   12:36 AM PST
 
apalah kau rang ni... bertengkar fasal chef li. buku apa tu Jutawan Senyap? Aku memang belum baca dan tak akan baca! Buku Melayu bukan ada ini melainkan RUBBISH! Bukan nak puji buku mat salleh tapi I am sorry to say saya lebih faham buku English dari buku Melayu! melayu baru nak belajar menulis... Jutawan Senyap boleh lawan Harry Porter? Jangan mimpilah!
JOE wAKaKa
January 20, 2006   12:29 AM PST
 
sokong Melayu MLM!
apa yang boleh diharap dari orang Melayu?
Usahawan MLM tak payah pergi pasar malam dan tepi jalan jual muka! malulah! You duduk rumah...u motivate orang lain buat kerja (Down lime). jangan mimpi Melayu nak sentuh BMW atau Merc kalau tak kerana MLM!
Melayu MLM
January 20, 2006   12:14 AM PST
 
Apa yang Chef Li perjuangkam adalah perniagaan konvemsional. Kolot dan ketinggalan zaman! Mana ada tukang Melayu yang kaya? tukang rumah? Rumah sendiri pun tak siap..kalau melayu nak berjaya joinlah MLM. walaupun 95% pemilik syarikat MLM China tak kisahlah yang penting dah terbukti ramai jutawan melayu lahir dari MLM.
Syarifah Nori
January 19, 2006   11:41 PM PST
 
T Kasih zaaba kakak bangga dengan kamu yang menegakkan kebenaran. jangaan jadi macam fay asyik pandai bertanya 'Mengapa Melayu!" kita sekarang bercakap 'Bagaimana Melayu' boleh dibangunkan. kita tak boleh putus asa macam fay! kita mesti cuba berdikit2 dulu. Kakak pun baru berhenti VSS dari telekom. Dah berniaga frozen food buat donut. sambutan wow.. very good. sekarang baru buat kat rumah. 2 tahun lagi kakak akan ada kilang. zaaba doakan kakak ya!
SISWI UPM
January 19, 2006   11:04 PM PST
 
Kami sekumpulan siswi UPM telah berkunjung ke kampus ITKAU pada Disember yang lalu. kami amat bertuah kerana kebetulan dapat jumpa Dr Rusly (Chef Li) walaupun ramai pengunjung lain tapi beliau sempat juga layan kami. orangnya sangat 'Low Profile' dan . rumahnya..terletak dalam kampus.. rumah kampung beratap zing warma biru. semua pengunjung dijamu makan tengah hari di kafetaria..best! Sekali dpt jumpa Chef Li rasa nak jumpa. kata katanya penuh hikmah. macam yang dia tulis tu.. kami amat kagum dengan usaha yang telah dibuatnya. semua pendapatannya dilaburkan semula untuk membesarkan ITKAU. dan dia langsung tidak berhutang. Jadi pada mereka yang mengutuk2 chef li datanglah sendiri tengok apa yang dia telah buat. dia memanglah kurang publisiti. kalau dia tak tulis buku mungkin kita semua tak kenal dia. syabas Chef Li kami nak jadi anak murid Tuan!
zaaba313
January 19, 2006   10:22 PM PST
 
ralat: Saya rasa malu kiranya ada org2 yang berfikiran spt fay mengakui dirinya sebagai seorang berbangsa MELAYU.
zaaba313
January 19, 2006   10:19 PM PST
 
Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih dengan buku ini, yang mana telah membuka minda orang melayu, yang masih leka. Adalah didapati ramai masih menadah tangan mengharap, dan dibuai dengan angan-angan tanpa memulakan langkah pertama untuk menuju impian .......
zaaba313
January 19, 2006   10:12 PM PST
 
Syabas sy nor. memang cantiq anggapan kamu kpd fay. Saya rasa malu kiranya ada org2 yang berfikiran spt fay mengakui diri sebagai seorang orang. Jika org melayu sendiri tidak menyokong dengan apa yang dilakukan oleh orang melayu, lebih baik jangan anggap dirinya sebagai orang melayu. Biar apa sekali pun orang melayu lakukan baik dari segi pandangan atau sesuatu yang boleh memanafaat masyarakat melayu kita seharusnya sebagai orang melayu, perlu memberi sokongan disamping itu perlu berasa bangga ada seseorang dari anak bangsa mahu melihat anak-anak bangsa sendiri maju kehadapan. Moga-moga niat murni beliau diberkeati ALLAH. Jangan selalu beranggapan negatif setiap apa yang dilakukan orang lain.
fay
January 19, 2006   03:05 AM PST
 
kenapa tidak ada seorangpun jutawan melayu membangunkan pusat perniagaan penjaja seperti Petaling street di kl, wujudnya uptown di damansara dimusnahkan kaum cina bahkan orang melayu sendiri turut memainkan peranan
muammar
January 18, 2006   03:30 PM PST
 
orang melayu banyak bercakap tapi kurang berkerja.mahu cepat kaya dan panjang angan-angan.jika ada tanah pusaka habis dijual kerana hendak kaya.orang cina kaya jual sayur,orang india kaya jual besi buruk dan melayu kaya dengan sifat buruk.
MJ
January 17, 2006   02:22 PM PST
 
Bila kursus ni dibuat di jb... saya nak pergi la kalau ada. Sbb saya nak cuba berniaga kecil2an dulu. Dan berapa bayarannya hek... sbb saya nengok kursus satu harinya cuma RM 30 je. Betul ker??
Akbar Mydin
January 16, 2006   10:20 PM PST
 
saya bukan nak mengata... tapi sungguh... kursus dengan Kem Pem Usahawan ni... teori saja lebih. depa tau cakap saja... bukan pernah berniaga.
Syarifah Nori Sy Maliki
January 16, 2006   10:06 PM PST
 
Sedihnya hati ku ini... kiranya masih ada spesis Melayu spt Fay. Macam mana Chef Li peras duit kamu? Mak kursus free ke? Berhentilah dari menjadi insan hasad dengki. saya dah lebih 10 X kursus dgn Chef Li tak pun riuh!
Wong Suroboyo
January 16, 2006   10:00 PM PST
 
Kepada Fay dan orang yang sejenis dgnnya. Kenapa kamu dengki sama Chef Li? Apa yang dikatakan memang benar sekali.Saya adalah seorang Indon yang sudah berhasil di bumi Malaysia! Kerana saya rajin.sampai kapan pun kamu nggak akan berhasil kalau hati penuh hasad. istighfar lah! tutup mulut dan gerakkan tangan dan kaki kamu.
min
January 15, 2006   03:51 AM PST
 
sertailah kursus pembangunan usahawan dibawah kementerian pembangunan usahawan dgn hanya rm250 selama 5 hari, disana segala prosedur yang betul untuk menceburi perniagaan akan dapat dipelajari disamping mendapat pengiktirafan terus dari kerajaan. layari www.mecd.gov.my
fay
January 15, 2006   02:31 AM PST
 
chef li memotivasikan anak bangsa melayu dengan memeras wang mereka
Ilyas Malewa,SHI
January 9, 2006   09:22 AM PST
 
salam Pak Chef Li!!!

Aku mau bertanya, bagaimana cara atau apa-apa syarat-syaratnya untuk mendapatkan amalan pesugihan berniaga?............

Asal aku dari Sulawesi (Bugis) Indonesia, sekarang aku ada di Johor Bahru!

Thank You
Salam
rosli brunei
January 5, 2006   12:05 PM PST
 
i have read u 3 books,excellent.
when can help in brunei?.
siti nurhidayah
January 4, 2006   02:53 PM PST
 
saye nak blaja kat sana ade tak kusus dalam jangka masa yang panjang
Intan
December 28, 2005   08:23 PM PST
 
Macamana naktengok jadual kursus CLTC?
AMIR
December 23, 2005   08:51 PM PST
 
SAYA HARGAI CHEF LI SEBAGAI PENULIS BUKU INI.. KINI SAYA TELAH PUN MULAKAN PERNIAGAAN JAJAAN SAYA. TQ
yhserijelebu
October 24, 2005   11:18 AM PDT
 
askum,baguslah buku nier.
:)
roxhana omar
October 23, 2005   09:56 PM PDT
 
Assalamualaikum,
Saya amat gembira dan bertuah kerana dapat baca buku Menjejaki Jutawan Senyap dan Petunjuk Jalan Kekayaan daripada Chef Li. Ayat -ayat yang ditulis ringkas dan senang untuk diserap dan dipraktik. Memang tiada lagi sesiapapun yang menulis buku mengenai kejayaan dalam bidang perniagaan yg betul betul ikhlas dan beretika dalam penulisan beliau dan memberi erti mencari kekayaan dalam pandangan islam. Saya syorkan kepada semua untuk membaca buku -buku beliau dan semoga anda semua berjaya.
zulkipli
October 22, 2005   06:09 PM PDT
 
saya dan isteri dah baca ketiga-tiga buku chef li memang best , touching habis. rugi tak baca tau.
Nama : Md Yusoff Maamin
August 16, 2005   05:35 PM PDT
 
Saya cuba buka web itkau pada 15/8 dan 16/8 tetapi tidak dapat sama ada masaalah pc saya atau memang ada gangguan.
Saya telah mendaftar sabagai peserta pada 23/8/2005 di KL tetapi tiada mendapat pengesahan lagi.
Terima kasih
Name Azri AbuBakar
August 6, 2005   08:28 PM PDT
 
Cash cow aliran tunai masuk tak kira masa.Keringat di perah hasil di tuai dengan cara halal.Tidak payah pakai tali leher,kereta mata belalang,jam branded,kemeja berpolo dan CD,PC dan jenama eksklusif.Pokoknya RM mengalir tanpa di sekat dengan usaha yg tak terbatas.Amin.
nasri yasir
July 28, 2005   12:38 AM PDT
 
saya student kat salah sebuah ipta kat mlaysia...saya nak buat bisnes kat sini,tp xtau bisnes apa nak buat..tlng la bantu saya..juansebastianveron_utd86@hotmail.com
kirin
March 29, 2005   01:57 PM PST
 
saya cuba bukak web www.itkau.edu.my tapi tak boleh ler..nape yek...saya minat nak join kursus..pada bulan april/may ini..
Mas
March 28, 2005   11:09 AM PST
 
saya pun try www.itkau.com, tapi tak boleh bukak. Any idea tak, saya nak tengok jenis masakan dan harga.
Mas
March 28, 2005   11:09 AM PST
 
saya pun try www.itkau.com, tapi tak boleh bukak. Any idea tak, saya nak tengok jenis masakan dan harga.
md
March 23, 2005   02:05 PM PST
 
http://www.itkau.edu.my
nik
March 18, 2005   04:01 PM PST
 
Buku ni cukup memotivasikan saya, Lepas baca buku ni terus saya mahu buat business. Tolong bagi alamat untuk training center chef LI. Sila email ke rid1425@yahoo.com
masali
February 17, 2005   10:52 AM PST
 
Hi Alley dan Arsat, sila kunjungi http://www.itkau.com, boleh bercakap dengan Chef Li. cuba try ya,
Arsat
February 16, 2005   10:59 AM PST
 
banyak kali bukak jari nak patah
alley
February 16, 2005   09:54 AM PST
 
kenapa saya try bukak www.chefli.com tapi tak dapat?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Salam Perkenalan


Beberapa tajuk baru bertamu ke blog ini,
untuk dibaca dan didiskusikan,
Sekiranya ANDA ada buku terkini yang menarik
Untuk dikongsi bersama, sila hubungi kami,
Supaya dapat Bersama Kita Membaca.


Kepada ANDA yang mungkin ingin mendapatkan
buku-buku yang didiskusikan, SILA dapatkan
di kedai-kedai buku, perpustakaan atau
Hubungi:
alid_ina@yahoo.com

   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed