Seperti yang dirancangkan, Majlis Pelancaran Buku Baru oleh Yang Berbahagia Datuk
A Samad Said, Sasterawan Negara telah selamat disempurnakan. Bertempat di Dewan Utama, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam bersempena dengan berlangsungnya Seminar Pencinta Buku Malaysia ke-2 pada 22 April 2007.

Sejumlah empat judul baru telah dilancarkan. Dua judul hasil karya Elias Haji Idris iaitu
Anak Perempuan Kabaret dan
Kembang Tak Jadi (novel).Satu judul karya Zubli Zainordin,
Puncak Jaya: Malaysia Kampungku, Dunia Negaraku (motivasi). Sementara satu judul lagi ialah
Pembangunan Iman dan Kekuatan Peribadi (falsafah) hasil tulisan Amin Nordin A. Rahman.
Hampir seratus peserta mengikuti seminar ini yang diadakan sempena
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang jatuh pada setiap 23 April. Selain pelancaran buku dan Ucap Utama oleh Pak Samad, seminar ini menampilkan tujuh kertas kerja yang dibentangkan oleh para Pencinta Buku yang terdiri daripada Prof. Dr. Bukhari Lubis, Nisah Haron, Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim, Ali Dina, Rahimi Saad, Mohdi Darim dan sdr. Jiwa Rasa.
InsyaAllah Seminar sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Semua kertas kerja ini akan dibukukan sedikit waktu lagi.Tunggu tarikh penerbitannya.