Monday, May 07, 2007
Jumpa Lagi Pada Pesta Buku ke-27, 2008

TAMAT sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) ke-26. Sasaran penganjur untuk mencapai pengunjung lebih 1 juta telah terlaksana pada tengah hari, hari terakhir pesta buku. Bagi En. Adri Nirwan bin Ahamad dan keluarga, kunjungannya ke Pesta Buku kali ini membawa kenangan manis kerana terpilih sebagai pengunjung ke-1 juta. Beliau adalah pensyarah di SM Sains Pokok Sena, Kedah. Tahniah.

PBAKL 2007 merupakan satu rekod cemerlang Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) kerana berjaya mengumpulkan 182 pempamer yang memenuhi 631 gerai (booths)di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Terdapat 137 syarikat buku tempatan (560 gerai), 27 syarikat luar negara (53 gerai) dan 18 agensi kerajaan (18 gerai) yang mengambil bahagian selama 10 hari yang bermula pada 27 April - 6 Mei 2007.

Bagi para Pencinta Buku dan incidental reader (meminjam kata-kata Law King Hui, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL), pesta ini menjadi sesuatu acara yang dinanti-nantikan. Bagi mereka yang belum mempunyai minat membaca akan tertarik mengunjungi PBAKL kerana adanya 'suasana pesta', di mana tidak secara langsung dan tanpa dipaksa, mereka pasti terlihat susunan ribuan buku di rak-rak dan atas meja-meja dan diharapkan akan terpanggil untuk membelek-belek pelbagai jenis buku, majalah serta pelbagai bahan terbitan lain. Semoga apa yang mereka alami di pesta buku ini akan menumbuhkan minat serta meningkatkan tabiat ingin membaca.

Sekalung tahniah kepada penganjur PBAKL 2007 dengan tema Buku Memperkaya Minda, semoga PBAKL ke-27 yang dijangkakan pada 4 - 13 April 2008 akan datang lebih berjaya dan membawa lebih banyak pembaharuan dan kejutan.


Posted at 11:43 pm by alidina

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Salam Perkenalan


Beberapa tajuk baru bertamu ke blog ini,
untuk dibaca dan didiskusikan,
Sekiranya ANDA ada buku terkini yang menarik
Untuk dikongsi bersama, sila hubungi kami,
Supaya dapat Bersama Kita Membaca.


Kepada ANDA yang mungkin ingin mendapatkan
buku-buku yang didiskusikan, SILA dapatkan
di kedai-kedai buku, perpustakaan atau
Hubungi:
alid_ina@yahoo.com

   

<< May 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed