Friday, May 25, 2007
Pelihara Syahadah Hindari Kufur

Buku ini meskipun membincangkan perkara-perkara yang amat ringkas dan asas, namun masih ramai umat Islam yang masih tidak tahu dan mengambil ringan terhadap perkara-perkara agama khususnya dalam masalah yang berkaitan dengan Akidah yang sahih dan perkara-perkara membatalkannya.

Justeru, perkara paling asas dalam agama yang jarang ditanya ialah bagaimanakah Iman seseorang itu dapat bertahan dan adakah seseorang mukmin boleh bertukar menjadi kafir atau murtad?

Buku Memelihara Syahadah Menghindari Diri Dari Kekufuran (ISBN: 978-967-86-0284-9, 2007, Karya Bestari Sdn. Bhd.) oleh Imran Al-Malizi ini cuba mencari jawapan kepada persoalan di atas. Menurutnya, "Gejala murtad bukan lagi suatu penyakit yang tersembunyi. Agama telah dijadikan 'mainan' oleh beberapa golongan yang mengaku memperjuangkan hak-hak mereka dalam agama. Ada di antara mereka mencabar perundangan Islam dan mempertikaikan hukum-hakam syarak dengan mengatakan ia tidak adil terhadap wanita, menghina institusi ulama, menyeru kepada pluralisme, mengiktiraf atau menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan sebagainya. Fenomena ini berlaku kerana kelemahan Iman dan kejahilan mereka tentang perkara-perkara yang membatalkan iman dan syahadah."

Tambahnya lagi, hari ini kebanyakan insan tidak lagi berhati-hati terhadap apa yang diucapkan oleh lidah mereka dan dilakukan oleh anggota tubuh mereka. Mereka juga tidak memperhalusi apa yang diiktikadkan dalam hati mereka. Adakah ia benar atau salah? Adakah ia sesuatu yang haq atau batil? Kebanyakan insan TERSESAT dalam masalah akidah kerana kejahilan mereka sendiri ( semoga Allah mengampunkan hamba-hambaNya yang jahil dan memberi mereka peluang untuk bertaubat dan menuntut ilmu pengetahuan yang sahih).

Buku ini menghuraikan masalah Iman dan Syahadah dalam enam (6) bab, yang antara lain membincangkan hal "Beriman Pada Waktu Pagi dan Kufur Pada Waktu Petang, Pengertian Iman dan Kepentingan Dua Kalimah Syahadah, Rukun Iman, Perkara-perkara yang membatalkan Iman dan Perkara-perkara yang membatalkan Syahadah.

Dapatkan buku ini dari perpustakaan, kedai-kedai buku atau pinjam dari teman-teman supaya dapat dimanfaatkan isi kandungannya. Buku ini sangat digalakkan untuk dibaca oleh golongan muda serta seisi keluarga.


Posted at 07:32 pm by alidina

imran al-malizi
June 17, 2007   04:23 AM PDT
 
Assalamu'alaikum,

Salam perkenalan.
Kepada sesiapa pun yang mengendalikan blog kakibuku ini, saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan semoga ALLAH SWT yang akan membalas jasa baik anda.
Sebenarnya saya sendiri pun belum berkesempatan lagi untuk mengiklankan buku pertama saya ini kepada kawan-kawan di Malaysia dan di mana sahaja. Ini mungkin disebabkan jadual pengajian yang agak sibuk di sini (Yaman).

Semoga kita sama-sama dapat menjaga iman dan syahadah. Amin

imran_almalizi@yahoo.com
Masali
May 31, 2007   09:06 PM PDT
 
Sdr. JR, bersama kita menjaga Akidah supaya dapat elakkan diri menjadi kufur, seram... dapatkan buku ini, terutama sekarang orang tidak takut menjadi murtad... macam Lina (en) Joy!
Jiwa Rasa
May 30, 2007   01:14 PM PDT
 
Mas,

Terima kasih kerana perkenalkan buku ini. Bab Aqidah memang ramai yang belum khatam. Yang tahu pun mungkin terlupa dan boleh tergelincir.

Moga kita diberikan kekuatan iman...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Salam Perkenalan


Beberapa tajuk baru bertamu ke blog ini,
untuk dibaca dan didiskusikan,
Sekiranya ANDA ada buku terkini yang menarik
Untuk dikongsi bersama, sila hubungi kami,
Supaya dapat Bersama Kita Membaca.


Kepada ANDA yang mungkin ingin mendapatkan
buku-buku yang didiskusikan, SILA dapatkan
di kedai-kedai buku, perpustakaan atau
Hubungi:
alid_ina@yahoo.com

   

<< May 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed