Terima kasih Blogdrive.com
Sekitar 2004, saya memulakan laman kakibuku.blogdrive.com. Tujuannya ialah untuk berkongsi pengalaman dan keseronokan membaca dengan para pengunjung blog ini. Alhamdulillah, saya berkesempatan berkongsi idea dan berkenalan dengan beberapa pencinta buku.
Namun apa yang saya harapkan tidak banyak kesampaian. Mungkin tidak ramai pembaca di luar sana yang ingin berkongsi pandangan dan sebagainya. Atau mungkin juga tidak ramai yang suka membaca di luar sana. Kini blog kakibuku sudah sampai ke peringkat maksimum, sudah tidak ada ruang untuk menyambungnya. Cukup sekadar ini. Kalau sekiranya berminat mengikuti perkembangan kakibuku silalah ke laman
http://bukuonline.blogdrive.com atau ke
http://pencintabuku.blogspot.com. Kedua-dua blog ini ada kaitan dengan kakibuku. Jumpa lagi di sana...