Thursday, February 17, 2005
Pengenalan Pedagogi

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak dapat dipisahkan dengan penguasaan kemahiran pedagogi. Keberkesanan P&P membantu murid-murid memahami mata pelajaran dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman, pensyarah di Fakulti Pendidikan UTM ini dapat membantu kaum pendidik memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam bilik darjah seiring dengan saranan dalam etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam P&P. Selanjutnya, perbincangan mencakupi model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan.

Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa pendekatan serta gaya P&P yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi pengajaran, khususnya objektif tingkah laku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru pelatih.

Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah juga dihuraikan dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada semua pendidik dan sesiapa sahaja yang berminat tentang bidang perguruan.

Tajuk buku: Pengenalan Pedagogi, Pengarang: Esah Sulaiman, Tahun: 2004, ISBN 983-52-0353-9, 224 muka surat, Harga: RM30.00, Penerbit: Penerbit UTM


Posted at 12:45 pm by alidina
Comments (1)  

Tuesday, February 08, 2005
Menjejaki JUTAWAN SENYAP

Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan sering tidak diberi perhatian malah dicemuh kerana keadaan tempat berniaga yang kurang selesa dan tidak menjaga kesihatan dan sebagainya. Mereka dianggap 'kelas bawah' -- tidak ada pejabat dan tak perlu 'business card'.

Cara mereka berusaha macam penyu -- lepas ke lautan luas untuk bertarung nasib. Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke daratan dan barulah diintai orang. Bertelur ratusan biji tetapi mereka tetap senyap tanpa suara... apa yang keluar hanyalah air mata!

Dalam kesenyapan inilah lahirnya beberapa peniaga @ usahawan yang mengusahakan perniagaan secara tekun dan tabah menghadapi badai dan onak duri dan akhirnya tanpa sedar harta mereka mencecah jutaan ringgit. Mereka masih tetap senyap persis penyu!.

Inilah yang ingin ditonjolkan oleh Dr. Rusly Abdullah, pengasas Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara melalui bukunya Menjejaki Jutawan Senyap (2004). Jutawan yang tidak terpandang dan tidak terbilang. Tiada glamour, tiada kuasa dan tiada nama. Namun mereka hebat... Mungkinkah jiran dan sahabat anda Jutawan Senyap?

Mungkin kenyataan Dr. Rusly ini dapat memberikankan kita renungan dan kesedaran untuk melihat jauh ke dalam diri..."Anda Patut Menjadi Kaya. Anda Tidak Berhak Menjadi Miskin. Hidup di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Adalah Malang." Masih ramai lagikah yang bernasib malang di negara ini? Untuk mencari jawapan silalah dapatkan buku ini dari kedai-kedai buku terdekat atau ke perpustakaan.

Kata-kata berikut juga mungkin baik untuk dijadikan renungan dan panduan: "Mereka Tidak Terbilang, Mereka Tidak Terpandang Tetapi Mereka Jutawan. Siapakah Mereka?... Anda Tidak Akan Tahu Sehinggalah Anda Menjadi Salah Seorang Daripada Mereka!" Selamat Membaca.

- Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. - Halaman: 222 - Harga: RM29.00



Posted at 02:30 pm by alidina
Comments (70)  

Monday, January 31, 2005
Air oh Air

Buku Air Oh Air bakal membawa anda meneroka bagaimana air dapat mengubah kehidupan anda secara POSITIF. Air mempunyai keupayaan yang sudah terbukti sejak berabad yang lalu untuk menyegarkan sel, tisu dan system di dalam tubuh badan, menyembuh penyakit dan membantu anda mengekalkan kesihatan. Justeru, masih banyak fakta tentang keajaiban air yang masih diterokai setiap hari.

Di dalam buku ini dinyatakan bagaimana Dr. Noordin Darus, seorang doktor perubatan dan pakar kesejahteraan (wellness) yang terkenal telah disahkan menghidap penyakit kanser darah yang digelar Non-Hodgkins Lymphoma. Bertolak dari sinilah beliau berusaha mencari penyembuh atau paling tidak, mengurangkan kesan kesakitan kanser ini.

Akhirnya beliau, dengan izin Allah telah menjumpai penawar dalam bentuk air yang dirawat secara saintifik dan menamakannya sistem Rx-Water TM. Walaupun isi kandungannya dicipta dengan kaedah saintifik, rekabentuk dan konsepnya masih mengekalkan konsep semulajadi.

Ketika mengalami penderitaan kesan sampingan rawatan dan ubat-ubatan, Dr. Noordin Darus mendapat ilham untuk memulakan misi peribadi untuk mengkaji dan menggunakan kaedah-kaedah terapi lain yang boleh membantu. Sepanjang usaha ini, beliau menemui lebih banyak dapatan dari yang disangkakan. Justeru buku ini ditulis untuk membantu mereka yang inginkan penyelesaian untuk kesakitan mereka dan juga untuk mereka yang mahu mengekalkan kesejahteraan diri, dengan menggunakan elemen yang terbanyak dan terpenting buat manusia – AIR.

Setelah beberapa pertanyaan daripada pembaca tentang versi bahasa Melayu buku Water for Life, yang diperkenalkan dahulu, maka kini buku Air Oh Air sudah berada di pasaran. Sila dapatkannya dari http://www.rx-wwn.com atau hubungi saya di talian 019-3678067 atau melalui emel: alid_ina@yahoo.com. Buku tersebut berharga RM38.00.




Posted at 06:18 pm by alidina
Comments (1)  

Saturday, January 15, 2005
Ke Mana Nasionalisme Melayu?

Rustam A Sani merupakan penulis mapan Melayu yang banyak menghasilkan tulisan berbentuk ilmiah dalam pelbagai bidang – politik, sejarah, budaya, bahasa, sastera, statistik, masyarakat dan juga bersungguh menghasilkan kerja-kerja terjemahan. Sebagai seorang cendekia, beliau amat prihatin tentang Melayu – bangsa, budaya, bahasa dan segala yang berkaitan dengannya. Terkini Rustam A Sani menghasilkan sebuah buku yang terlalu dekat dengan dirinya iaitu nasionalisme Melayu.

Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004) cuba mencari jawapan tentang gerakan nasionalisme Melayu yang gagal. Mengikut Rustam, 'berdasarkan realiti politik pasca-kolonial di negara ini (Malaysia) – cita-cita pembentukan sebuah “negara Melayu” sebagai yang diimpikan oleh angkatan para nasionalis yang mendahului kita tentulah tidak realistik lagi. Realiti politik yang ada pada hari ini memaksa kita untuk menanggap persoalan dan penerusan politik bangsa Melayu dalam kerangka negara-bangsa (nation) Malaysia. Tegasnya, orang Melayu tidak akan mempunyai sebarang masa depan yang nyata, selain daripada masa depannya sebagai peserta dalam negara-bangsa Malaysia itu.'

Beliau menambah,'jika kita mahu menyimpulkan agenda sosio-politik orang Melayu dalam era pasca-kolonial negara ini, maka agenda itu ialah:

• memantapkan kedudukan ekonomi orang Melayu supaya setaraf dan setanding dengan kelompok-kelompok lainnya dalam negara-bangsa yang berbilang etnik sifatnya, dan

• memastikan bahawa keperibadian negara-bangsa tersebut ditakrif dan ditentukan berasaskan parameter sosio-budaya orang Melayu sebagai kelompok peribumi negara ini.

Sebagai pembaca, kita dilontarkan dengan pelbagai andaian dan persoalan tentang Melayu dan sewajarnyalah kita merenungi dan memikirkan ke mana arah dan halatuju negara-bangsa Malaysia pada masa depan. Jawapannya mungkin dapat dicari melalui pembacaan buku ini. Selamat membaca.

Buku ini diterbitkan oleh R Publishing Services, Kuala Lumpur dan berharga RM20.00.



Posted at 11:58 am by alidina
Make a comment  

Monday, January 10, 2005
Ageless Marketing

Buku ini memperkatakan tentang kaedah pemasaran yang mengkhusus kepada golongan pertengahan dan dewasa iaitu yang berumur 40-an ke atas. Di mana-mana sahaja golongan ini merupakan golongan majoriti yang mempunyai kuasa daya beli yang tinggi. Oleh yang demikian untuk memasarkan produk kepada gologan ini memerlukan teknik dan kaedah yang spesifik. Diharap buku Ageless Marketing hasil tulisan David B. Wolfe dan Robert E. Synder ini dapat memberi panduan kepada para pembaca terutama golongan usahawan yang berhasrat memasarkan produk kepada golongan sasar ini.

Today's richest market is the New Customer Majority--middle-aged and older adults who make up the biggest percentage of the buying public. Never before have adults 40 years and older been in the majority. Understanding this population and persuasively selling to it require a new kind of marketing research arsenal.

In "Ageless Marketing," authors David B. Wolfe and Robert E. Snyder document the results of a groundbreaking research project on the aging boomer generation, detailing the core values, buying behaviors, and emotional factors that distinguish the New Customer Majority. As more companies seek sales from multiple age groups, "ageless marketing" becomes critical to financial performance. Companies that master its subtleties have realized amazing profits. New Balance, for example, saw an annual rate of 25 percent or more over the past five years with its ageless marketing themes, even when while the athletic shoe industry had shown no growth since 1997.

"Ageless Marketing" introduces a new research approach in profiling this lucrative market. Companies that want to tap into this important segment will get insights into the characteristic values and motivations that trigger the New Customer Majority's spending choices. Wolfe and Snyder describe the challenges in marketing to this group, the stages and differences in their life experiences, and the ways to make meaningful marketing overtures.

Above all, readers will see how "empathetic connections" drive many buying decisions for this market, why traditional ploys simply will not work, and how to create marketing campaigns that yield continuing customer satisfaction and brand loyalty.

AGELESS MARKETING Strategies for Reaching the Hearts & Minds of the New Customer Majority by David B. Wolfe with Robert E. Snyder (nonfiction)




Posted at 05:50 pm by alidina
Make a comment  

Previous Page Next Page

Salam Perkenalan


Beberapa tajuk baru bertamu ke blog ini,
untuk dibaca dan didiskusikan,
Sekiranya ANDA ada buku terkini yang menarik
Untuk dikongsi bersama, sila hubungi kami,
Supaya dapat Bersama Kita Membaca.


Kepada ANDA yang mungkin ingin mendapatkan
buku-buku yang didiskusikan, SILA dapatkan
di kedai-kedai buku, perpustakaan atau
Hubungi:
alid_ina@yahoo.com

   

<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed