Sunday, May 23, 2004
Mukadimah

Menulis, membaca dan berdiskusi adalah proses memperkasa minda. Semakin banyak kita menulis semakin berhemah kita menggunakan bahasa. Semakin banyak kita membaca semakin banyak pula yang kita belum ketahui. Untuk itu kakibuku membuka ruang diskusi untuk kita sama-sama meneroka dan menikmati hasil nukilan para penulis sama ada yang tersohor, mapan, baru atau yang sedang berjinak dengan dunia perbukuan.

Kakibuku berhasrat untuk menyediakan pentas percambahan ilmu melalui aktiviti pembacaan. Bahan-bahan bacaan yang dicadangkan adalah yang difikirkan sesuai dan bermanfaat kepada pembaca. Memandangkan agak sukar mendapatkan semua bahan bacaan terkini, mungkin faktor harga yang mahal, sukar didapati, tidak diketahui kewujudannya dan faktor-faktor lain maka buku yang diterbitkan tidak sampai ke khalayak pembaca! Oleh yang demikian kakibuku menjemput semua pembaca dan penulis dapat mewar-warkan buku-buku terkini yang baru dan akan diterbitkan oleh para penulis dan penerbit. Semoga usaha kecil ini dapat kita manfaatkan bersama.

Kemudahan teknologi internet yang sekarang semakin meluas tentunya sangat sesuai dijadikan pentas komunikasi kita. Oleh yang demikian, buku-buku yang akan didiskusikan ini tidak terhad kepada bentuk konvensional, iaitu bercetak, tetapi juga merangkumi buku elektronik atau e-book.

Marilah kita sama-sama menulis serta membaca dan berkongsi pengalaman. Kita mulakan pembacaan kita bersama teman-teman.


Posted at 03:20 am by alidina
Comments (1)  

Previous Page

Salam Perkenalan


Beberapa tajuk baru bertamu ke blog ini,
untuk dibaca dan didiskusikan,
Sekiranya ANDA ada buku terkini yang menarik
Untuk dikongsi bersama, sila hubungi kami,
Supaya dapat Bersama Kita Membaca.


Kepada ANDA yang mungkin ingin mendapatkan
buku-buku yang didiskusikan, SILA dapatkan
di kedai-kedai buku, perpustakaan atau
Hubungi:
alid_ina@yahoo.com

   

<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed