|
Alam persaraan penuh dengan cabaran, kesulitan dan keseronokan! Pesara akan berhadapan dengan perubahan dan kejutan emosi dan mental disebabkan oleh kemerosotan pendapatan, kehilangan status, keistimewaan dan kemudahan yang dimiliki sebelumnya. Masyarakat pula mempunyai pandangan yang berbeza mengenai golongan pesara dan ini tentunya menyentuh emosi, mental dan kehidupan sosial mereka. Tidak kurang juga, ada yang dalam keadaan kemurungan di peringkat awal persaraan mereka. Buku Perancangan, Persediaan dan Kehidupan Di Alam Persaraan karya Haji Omardin Ashaari (ISBN: 978-983-43157-0-8, 2006) mungkin dapat menjawab sebahagian persoalan di atas. Buku ini merupakan cetusan fikiran ke arah penyesuaian diri dan menjana kedamaian hidup di alam persaraan. Buku ini membicarakan mengenai perancangan, persediaan dan kehidupan di dunia persaraan secara padat, tepat dan menyeluruh. Tentunya bakal pesara akan lebih bersedia untuk menghadapi persaraan dari segi mental dan fizikal. Secara keseluruhannya, buku ini terdiri dari 15 bab yang membicarakan tentang persediaan menghadapi persaraan yang bermula dengan pemprosesan dokumen, wasiat, hibah, kejutan budaya hidup, masalah penjagaan dan pengekalan kesihatan, perancangan kewangan, pembangunan dan pengayaan diri, peluang pekerjaan dan profesional, pengurusan masa yang berkesan, perkhidmatan sosial dan kebajikan serta teknik menangani stres dalam hidup. Sehubungan dengan ini, buku ini cuba memberi penyelesaian berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh mereka yang berada dalam alam persaraan. Buku ini juga sangat sesuai untuk ditelaah oleh mereka yang telah bersara. Setiap kita yang berkhidmat, sama ada di sektor awam atau swasta, akan sampai ketikanya akan berdepan dengan detik persaraan. Tidak banyak bahan bacaan sebegini dalam bahasa Melayu dapat dijadikan rujukan. Buku setebal 324 halaman ini perlu anda miliki atau jadikan buah tangan kepada sahabat handai yang bakal bersara... |
| Name liza August 26, 2009 12:29 PM PDT Saya juga sedang mencari buku ini. Puas saya bertanya di kedai-kedai buku. Tapi mereka bertanya siapa penerbitnya. Saya tak tahu. Buku ini tidak ada di kedai-kedai buku. Jadi di mana saya nak dapatkan buku ini? | ||
| web design June 25, 2009 01:28 PM PDT Haji Omardin Ashaari LE | ||
| malaysia web design June 22, 2009 05:47 PM PDT siapa penulis buku ni | ||
| Hazim Shah June 12, 2009 10:49 PM PDT buku ni arwah datuk saya yg tulis. sesiapa yg minat boleh contact saya kat e-mail songkokhitam@gmail.com | ||
| matpencen June 11, 2009 02:30 PM PDT nak beli kat mana? kenapa susah sangat nak cari buku ini.... | ||
| fire detection June 2, 2009 04:49 PM PDT bukan usman awang ke | ||
| mm2h March 31, 2009 06:17 PM PDT dekat buku ada nama penerbit tak | ||
| interactive exhibits March 31, 2009 06:02 PM PDT aku suka la buku ni | ||
| web design March 27, 2009 06:30 PM PDT bagus penerbit ni | ||
| Name Ahmadls April 3, 2008 07:35 PM PDT buku ini sangat bagus untuk bakal pesara tetapi di toko buku mana boleh dibeLi? | ||
| iman July 3, 2007 12:49 PM PDT Siapa penerbit buku ini | ||
| mxypltk May 20, 2007 01:04 PM PDT Macamana nak beli buku ni? Siapa penerbitnya? | ||
| Leave a Comment: |