|
PBAKL 2007 merupakan satu rekod cemerlang Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) kerana berjaya mengumpulkan 182 pempamer yang memenuhi 631 gerai (booths)di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Terdapat 137 syarikat buku tempatan (560 gerai), 27 syarikat luar negara (53 gerai) dan 18 agensi kerajaan (18 gerai) yang mengambil bahagian selama 10 hari yang bermula pada 27 April - 6 Mei 2007.Bagi para Pencinta Buku dan incidental reader (meminjam kata-kata Law King Hui, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL), pesta ini menjadi sesuatu acara yang dinanti-nantikan. Bagi mereka yang belum mempunyai minat membaca akan tertarik mengunjungi PBAKL kerana adanya 'suasana pesta', di mana tidak secara langsung dan tanpa dipaksa, mereka pasti terlihat susunan ribuan buku di rak-rak dan atas meja-meja dan diharapkan akan terpanggil untuk membelek-belek pelbagai jenis buku, majalah serta pelbagai bahan terbitan lain. Semoga apa yang mereka alami di pesta buku ini akan menumbuhkan minat serta meningkatkan tabiat ingin membaca. Sekalung tahniah kepada penganjur PBAKL 2007 dengan tema Buku Memperkaya Minda, semoga PBAKL ke-27 yang dijangkakan pada 4 - 13 April 2008 akan datang lebih berjaya dan membawa lebih banyak pembaharuan dan kejutan. |
| Leave a Comment: |